![[VIDEO] Gelagat ‘Stylist’ Usik Amira Othman Cara Salam Tangan Fattah Amin Cuit Hati Netizen](https://asset.ohbulan.com/2025/09/amira-fatta-1.jpg)
Perkongsian terbaharu hijab stylist (perunding imej) kepada penyanyi Amira Othman yang dikenali sebagai Yuti telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Perkongsian Amira Othman Tentang Calon Pasangan Kembali Curi Perhatian – ‘Nak Buat Suami, Mestilah Pilih Yang Sesuai’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lama Simpan Rahsia’- Rakan Kongsi Momen ‘Bachelorette Party’ Amira Othman
Cara salam

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Threads, Yuti dilihat sedang berseloroh dengan pasangan selebriti popular iaitu aktor Fattah Amin dan Amira.
Pada video tersebut, Yuti sedang memegang tangan Fattah lalu menunjukkan cara bersalaman yang betul kepada Amira ketika majlis pernikahan mereka nanti.
POV: tengah ajar Kak Long (Amira) cara salam yang sebenar untuk 14 September ini.
Komen netizen

Gelagat Yuti itu telah mencuit hati rata-rata warganet yang terhibur melihat telatahnya mengusik bakal pasangan pengantin itu.
Ambil kesempatan ke tu?
Tak tahan tengok muka Fattah.
Amira pun terhibur sampai tudung nak tercabut dah tu.
Comel je Yuti, teringat kawan saya pun ada yang perangai macam ini.
Terdahulu, Fattah membuat kejutan istimewa di majlis pelancaran single terbaru Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir.
Pada majlis tersebut Fattah mengakui status perhubungan mereka dan pasangan itu bakal diijabkabulkan pada 14 September ini yang juga merupakan tarikh kelahiran aktor itu.
Sebelum ini, kecoh di media sosial mendakwa pelakon Fattah bakal menamatkan zaman duda dalam waktu terdekat.
Susulan itu, Unifi TV bakal menayangkan secara eksklusif majlis ijab kabul pasangan sensasi secara siaran langsung, Fattah Amin dan Amira Othman pada 14 September ini, jam 8 malam menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 di Saluran Inspirasi (118).
Sumber: Threads Yuti








