Sebuah video tular baru-baru ini yang memaparkan penceramah bebas, Ustaz Wadi Annuar menghulurkan biskut kepada selebriti ketika menaiki pesawat.

Artikel Berkaitan: “Jika JAIPs Yakin Kenyataan Kami Tersasar, Saya Cabar Mereka Saman Sivil Ke Atas Saya’ – Ustaz Wadi Annuar

Artikel Berkaitan: Didakwa Tidak Beri Kerjasama Terhadap Ustaz Wadi Annuar, JAIPs Perjelas Perkara Sebenar

Macam pramugara

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok itu, kelihatan Ustaz Wadi sedang bersedekah dengan memberi biskut kepada beberapa orang selebriti terkenal antaranya, Izara Aishah, Datuk Nora, Norman Hakim, Erra Fazira dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Ustaz Wadi juga dilihat sempat berseloroh bersama selebriti-selebriti itu dan gelagatnya seperti pramugara mencuit hati mereka.

‘Seronok tengok..’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut senang melihat seorang alim ulama sentiasa menjaga hubungan baik dengan golongan selebriti dan memuji sikap Ustaz Wadi yang menyantuni mereka.

https://www.tiktok.com/@johnwickmalaysia7/video/7237078223304101122?_r=1&_t=8cdfiwtVz9k

Sumber: TikTok