berita

[VIDEO] Geram Selalu Bunyi Baling Batu Atas Siling, Wanita Selamba ‘Sound’ Balik

November 20th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang wanita telah berkongsi pengalaman seramnya apabila mereka diganggu dengan pelbagai bunyi di atas siling pejabat mereka.

Dengar seperti ada orang tebar pasir & baling batu atas siling

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Beaufit Nourish di TikTok, wanita berkenaan mendakwa bahawa ada individu yang tidak bertanggungjawab telah ‘menghantarnya’.

Asal meniaga je mesti ada yang dengki.

Difahamkan gangguan berkenaan dialami hampir setiap hari, namun pada kali ini mereka sudah tidak tahan lagi kerana bunyi tersebut semakin teruk seperti ada orang menebar pasir serta membaling batu di siling terbabit.

Berhari- hari asyik dengar benda jatuh atas siling, asyik buat tak tahu. Kali ini dia buat rancak tebar pasir dan baling batu atas tu.

Depan mata terus batu tu bergolek seolah ada benda main kat atas tu. Bunyi yang sama asyik dengar dalam beberapa minit.

Lebih mengejutkan lagi apabila terdapat seorang wanita yang begitu berani memanjat tangga untuk meninjau apa yang ada di atas siling tersebut sambil memarahi ‘benda’ berkenaan.

Haa, baling lagi. Baling lagi kat aku semua. Besar mana kepala kau kepala aku. Haa baling lagi baling! Kenapa diam? Baling lah depan aku nak tengok bengkak kepala aku ke bengkak kepala kau.

Amboi, melampau-lampau kau ni. Siapa yang hantar kau?

Video berdurasi 27 saat itu meraih lebih 722 ribu tontonan dan mendapat lebih 53 ribu tanda suka di TikTok.

Video penuh:

@beaufit04 Semoga Allah jauhkan kita semua daripada perkara syirik & khurafat. #fyp?foryoupage #fypdongggggggg #lostweight #sihir #dugaanmeniaga #Dengki #Fitcoffee #fyp? ? bunyi asal – Beaufit Nourish

‘Perempuan naik hantu, hantu pun takut’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut mendengar wanita berkenaan memarahi ‘benda’ tersebut. Malah ada juga di antara mereka bersetuju dengan tindakan wanita terbabit.

Sumber : beaufit04

SKIP THIS AD ×