berita

Video: Get Lucky Cover Oleh David Choi

May 28th, 2013 | by Ai
Video Popular

David-Choi-YouTube

Siapa pernah tengok muzik video Get Lucky yang ala-ala robotik tu? Kali ni kami tunjukkan muzik video terbaru lagu itu yang lagi best dari sebelum ni, ok?

Kalau anda nak tahu, David Choi baru-baru ni telah memuat naik video baru rakaman dia menyanyikan semula lagu ‘Get Lucky’ nyanyian asal oleh Daft Punk dengan Pharrell Williams.

David nampaknya mampu mempersembahkan lagu berkenaan dengan lebih menarik daripada versi yang asal.

Video berdurasi 2:32 saat itu menunjukkan David menyanyi, menari, dan bermain pelbagai alat muzik sendiri tanpa ada penglibatan orang lain. Hebat kan?

Screen Shot 2013-05-28 at 12.58.13

Antara sedutan dari video cover ‘Get Lucky’

Dengan suara yang cukup merdu, penyanyi yang berasal dari Los Angeles ini mampu mencairkan mana-mana hati wanita yang mendengar nyanyiannya.

Bagi yang masih tak tahu, David Choi adalah seorang penyanyi, penulis lagu dan penerbit yang berbakat. Lagu-lagunya dah banyak didengar di saluran-saluran seperti NBC, FOX, VH1, MTV, A&E, E!, Travel Channel, Style, PBS, Food Network, Disney dan juga iklan-iklan komersial antarabangsa.

Screen Shot 2013-05-28 at 12.59.52

David turut bermain alat muzik dalam MV Get Lucky

David menulis dan menerbitkan sendiri tiga albumnya yang berjudul ‘Only You’, ‘By My Side’, dan ‘Forever and Ever’. Dia juga popular di laman Youtube kerana banyak video nyanyiannya dimuat-naik untuk dikongsi dengan peminat di situ.

Jom tengok video cover ‘Get Lucky’ dari David Choi selepas ini.

SKIP THIS AD ×