berita

[VIDEO] Getaran Pertama, Peristiwa Sebenar Bermulanya Sejarah Pasukan Koir Merdeka.

August 30th, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Korang pernah terfikir tak siapakah empunya suara di sebalik lagu Negaraku yang pertama kali dinyanyikan bila negara kita merdeka pada 31 Ogos 1957 dulu? Haa..meh kami ceritakan..

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara kita yang ke 62 tahun ini, Axiata Berhad dan Celcom Axiata Berhad ingin menceritakan kembali kisah perjalanan dalam pencarian pasukan koir pertama untuk menyanyikan lagu ‘Negaraku’,  dalam filem pendek yang bertajuk, ‘Getaran Pertama’..

Getaran Pertama, suatu filem pendek nostalgik..

Diilhamkan dari peristiwa sebenar pada tahun 1957, filem ini menceritakan pencarian paduan suara pertama untuk menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku. Dalam filem ini juga, korang akan dapat lihat hasil kerja keras serta titik peluh Tan Sri Ahmad Merican, Penyelia Radio Malaya dan mendiang Tony Fonseka, seorang guru muzik dan konduktor dalam menyahut cabaran untuk memenuhi hasrat Perdana Menteri Pertama kita, Tunku Abdul Rahman.

Tunku Abdul Rahman berhasrat untuk melihat warga Malaya tanpa mengira agama, bangsa, jantina dan latar belakang, membuat persembahan koir sempena pengisytiharaan kemerdekaan negara kita. Pada 31 Ogos 1957, maka terlaksanalah hasrat baginda apabila terlahirlah pasukan Koir Merdeka.

Menurut Robert Fonseka, anak kepada mendiang Tony Fonseka yang mengetuai pasukan Koir Merdeka, paduan suara itu terdiri daripada 40 orang warga Malaya, dimana kebanyakan daripada mereka langsung tidak mempunyai asas tentang muzik. Walau bagaimanapun, kini, mereka menjadi antara suara yang didengar di seluruh radio dan di semua acara rasmi di seluruh negara.

Sebak pulak admin tengok video ni. Boleh nampak semangat perpaduan dan keharmonian walau berbilang bangsa, sebagai warganegara yang merdeka.

“Bukan hanya mutu persembahan, bukan hanya mutu nyanyian yang dinilai. Sebenarnya, demi mencapai satu impian, mereka telah hidup harmoni walau berbilang bangsa sebagai warganegara yang Merdeka.”

Selain filem pendek Getaran Pertama, Celcom dan Axiata juga menggunakan sentuhan kreatif teknologi hologram sebagai penghormatan buat Koir Merdeka Pertama yang telah dipimpin oleh Tan Sri Ahmad Merican dan mendiang Tony Fonseka seperti tahun 1957 yang lalu.

Teknologi kreatif yang digunakan adalah melalui modul pembelajaran mendalam yang menganalisis gambar mendiang Tony Fonseka dan seterusnya menghasilkan rupa sebenar beliau. Sistem ini kemudiannya memaparkan ciri-ciri wajah dan menghasilkan ekpresi mukanya.

Tayangan Getaran Pertama Dan Persembahan Koir Negaraku..

Image from Celcom

Oh ya, pada 30 Ogos 2019 ini juga, Celcom dan Axiata akan mengadakan tayangan khas Getaran Pertama bertempat di Pavilion KL, bersama-sama dengan persembahan encore Negaraku yang akan ditayangkan di skrin layar lebar.

Kedua-dua tayangan dan persembahan ini juga adalah terbuka kepada orang ramai dan terdapat pelbagai aktiviti menarik serta hadiah hebat yang menanti korang!

Persembahan Getaran Pertama dan Encore Negaraku

Tarikh: 30 Ogos 2019 (Jumaat)
Masa: 6 pm – 7 pm
Tempat: Pavilion KL

Wahh tak sabar rasanya nak tengok persembahan Gemilang Koir Terbilang nanti! Kami dari OHBULAN!, Celcom dan Axiata ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada semua. Merdeka!

Untuk lebih banyak video menarik dari Celcom, layari Facebook dan You Tube mereka.

SKIP THIS AD ×