berita

[VIDEO] Giant Papar Kisah Menyentuh Hati Dalam Kempen Hari Kebangsaan Mereka

August 11th, 2018 | by Azyanshor
Kini Trending

Dulu masa kecik-kecik dalam tahun 2001- 2010 tu, memang tak banyak tempat yang boleh kanak-kanak pergi. Kalau ada pun mesti mak bapak tak bagi pergi kan? Jadi, kalau balik sekolah tu mak dan ayah kata nak bawak pergi pasaraya, memang happy dia tak terkira lah!

Punyalah banyak memori best dekat pasaraya tu, dari makan lunch kat situ sampai lah main game dekat arcade yang ada. Walaupun ada dalam 5 game je dekat arcade tu, tapi dia punya enjoy rasa macam dunia kita yang punya! Kalau cerita balik mesti tersenyum je kan?

Sebab itulah sempena Merdeka tahun ini, Giant mengajak beberapa pelanggan Giant untuk menceritakan kembali memori terindah mereka bersama Giant!

Semua memori tu diabadikan dalam ‘Little Giant Stories’. Jom kita tengok…

Menyentuh hati kan?

Tak sangka dengan hanya satu kunjungan, pulang dengan kenangan

Macam tak percaya kan? Bagi korang, rutin pergi Giant hanya masuk, beli barang dan balik. Tapi, tak ramai orang yang tak sangka kunjungan biasa mereka ke Giant pada haritu bertukar jadi kunjungan yang istimewa dan terjadinya kenangan!

Sebab apa min kata ada yang datang hanya nak membeli tapi pulang dengan kenangan paling indah dalam hidup? Ada yang terjumpa soulmate diorang tau dekat Giant! Sampai kahwin dan kekal hingga ke harini lagi!

Orang lain datang nak beli barang, ni dia jadikan tempat dating pulak! Comel sangat tau pergi dating kejap-kejap dekat sini…

Macam dah lama kan Giant ni? Dari kecik dah ada!

Memang betul tu! Admin dari kecik lagi dah kenal Giant ni. Kalau korang nak tahu Giant ni dah ditubuhkan sebelum Malaysia Merdeka lagi tau. Punyalah lama! Sebab tu lah semua orang dari pelbagai lapisan umur boleh terkesan dengan kenangan di Giant ni!

Lagi-lagi ibu bapa kita, sebab mereka tahu perkembangan dan perubahan Giant dari dulu hingga kini. Tak putus memberikan servis yang baik dengan harga yang berpatutan dan pelbagai barangan dengan kualiti dan nilai yang lebih hebat!

Malahan, ada dalam kalangan pekerja Giant pun ada yang dulu mula-mula kerja sebagai cashier, sekarang ni dah jadi manager! Lama kan?

Kalau korang nak lebih info mengenai ‘Litte Giant Stories’ dan pelbagai lagi kisah menarik pelanggan Giant, klik SINI… Korang pun ada kisah tersendiri di Giant? Kongsi di ruangan komen okay!

The following two tabs change content below.