berita

[VIDEO] Gigi Palsu Nenek Jatuh Dalam Kolam, Cucu Sanggup Terjun Cari Sampai Dapat

April 13th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Baru-baru ini tular mengenai kisah sebuah keluarga yang telah menjadi tumpuan warganet di mana kegigihan cucu-cucunya mencari gigi palsu neneknya yang terjatuh dalam kolam ikan.

Panik gigi palsu nenek jatuh dalam kolam

Video yang telah tular di media sosial itu dikongsikan oleh seorang wanita, Vhiendy Savella di akaun TikToknya. Menerusi video tersebut, mereka sekeluarga sedang makan bersama di sebuah restoran di tepi kolam. Secara tiba-tiba gigi palsu neneknya telah jatuh ke dalam kolam ikan berkenaan.

Akibat daripada kejadian itu, cucu-cucunya membantu neneknya mencari gigi palsunya yang telah terjatuh. Salah seorang daripada cucunya itu, gigih sehingga membuka baju dan masuk ke dalam kolam bagi mencari sebelum berjaya menjumpai gigi palsu berkenaan.

Siap buka baju untuk turun mencari gigi palsu

@vhiendysippKocak abis bisa-bisanya gigi nenek w nyemplung ##fyo ##foryou ##jokes ##voiceeffects? Dominique Koplo – yofve squidward

‘Sanggup mencari sebab harganya mahal’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat aksi cucu-cucunya itu kerana gigih mencari gigi palsu neneknya dan ada juga diantara mereka yang memuji nenek tersebut cantik walaupun sudah berusia.

Sumber : vhiendysipp

SKIP THIS AD ×