berita

[VIDEO] ‘Gunakan Akal Seolah Nyawa Anda Bergantung Kepadanya’ – Suami Fatin Afeefa Tuju Dekat Adam Shahz?

January 26th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Adam Shahz dan aktres Fatin Afeefa dilihat hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pagi Khamis bagi perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak mereka, Ivy Herra Sophia.

Artikel Berkaitan: ‘Dah Kahwin Cuma Jangan Lupa Tarikh Naik Mahkamah’ – Adam Shahz

Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Bersedia Untuk ‘Perang’ Di Mahkamah

Tuju quote?

 

Kehadiran aktres berumur 29 tahun turut ditemani suami tercinta, Aliff Awang dan juga pengawal peribadi.

Terbaru, Aliff ada memuat naik sebuah video pendek yang memaparkan satu ‘quote’ (petikan) yang diletakkan di perkarangan mahkamah itu.

Dalam hantaran itu, Aliff membaca petikan itu sambil kamera difokuskan kepada Adam yang sedang ralit menggunakan telefon bimbit di kawasan menunggu.

Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.

Terdahulu, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin pernah berkahwin dengan Adam pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan terdahulu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7.

Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×