berita

[VIDEO] Guru Siram Air Pelajar Letak Kepala Atas Meja Semasa Mengajar

August 16th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang guru wanita bertindak menyiram seorang pelajar perempuan gara-gara dia meletakkan kepalanya di atas meja seperti sedang tidur ketika menulis di dalam kelas di sebuah sekolah di Indonesia.

Guru siram pelajar

Menerusi video yang dimuat naik oleh Fakta Indo di Instagram, memaparkan guru wanita menyiram air selepas melihat pelajarnya menulis sambil meletakkan kepalanya di atas meja kerana mendakwa pelajar terbabit tidur.

Guru siram pelajar perempuan yang sedang menulis sambil baring.

Susulan tindakan wanita terbabit, pelajar berkenaan dilihat begitu terkejut sehingga menyebabkan dia berhenti menulis sebelum ditegur oleh guru itu.

Walau bagaimanapun, setelah pelajar itu bangun, guru terbabit bertindak mengangkat buku notanya untuk mengelakkan daripada terkena air.

Video penuh

Sumber : fakta.indo, Tribun News

SKIP THIS AD ×