berita

[VIDEO] ‘Habis Mood Raya!’ – Zahid Dedah Duit Dalam Akaun Isteri Lesap RM4,250

April 1st, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Isteri kepada penyanyi Zahid Baharudin iaitu Nurul Shuhada terpaksa berputih mata apabila kehilangan wang berjumlah RM4,250 dari akaun e-wallet.

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Rugi RM18,500, Tewas Dengan ‘Scammer’ Pelaburan Atas Talian – ‘Jangan Terkena Macam Saya’

Bangun tidur isteri menangis

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Zahid berkata, kejadian yang baru berlaku itu telah memberi kesan terhadap emosi mereka tatkala seluruh umat Islam sedang sibuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Memang tiada perasaan nak raya. Dalam kereta dengar radio mainkan lagu raya pun tak boleh. Saya tidak halalkan orang yang guna duit itu.

Menurut Zahid, isterinya mula sedar mengenai kehilangan wang tersebut pada hari Sabtu lalu, selepas mereka bangun daripada tidur.

Bangun tidur saya lihat isteri menangis, lepas itu dia hubungi bank dan kemudian beritahu duit hilang dalam akaun e-wallet. Ini memang kerja ‘musibat’ sebab dia tahu hari gaji. Habis sebulan kumpul duit nak raya.

Jadi kepada semua janganlah hubungkan e-wallet dengan akaun bank sebab kes ini dah banyak terjadi.

Berikutan daripada itu, Zahid telah membuat laporan polis.

Di samping itu, Shuhada turut meluahkan rasa kesal akan kejadian yang berlaku kerana wang berkenaan sepatutnya digunakan bagi perbelanjaan bulanan.

Kalau RM40 atau ratus boleh pejam mata. Ini RM4,250. Licin habis akaun aku. Aku ada komitmen nak bayar rumah, kereta. keluarga di kampung, makan, minyak dan tol. Semua itu siapa nak tanggung?

Ada yang komen tiada rezeki saya. Tetapi itu mencuri duit hasil titik peluh orang. Kalau tak boleh tolong cukup dengan doa, bukan cakap perkara yang menyakitkan hati.

Shuhada turut berkongsi ‘hacker’ yang mencuri duit berkenaan membuat transaksi secara berperingkat bermula dari awal lewat malam Jumaat sehingga awal pagi Sabtu tanpa disedari olehnya.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zahidbaharudin (@zahidbaharudin)

Sumber: Zahid

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×