Susulan musim banjir yang melanda serta peningkatan mangsa di hampir seluruh negeri, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkongsi beberapa tips persediaan menghadapi bencana alam itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Empat Tips Penting Jaga Kereta Daripada Air Banjir!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Titip Nasihat Buat Mangsa Banjir – ‘Hakikatnya Kita Tak Memiliki, Semua Pinjaman Sahaja’

Persediaan banjir

@jpnhqofficial

Siri #AmbilTahu | Musim Banjir Musim banjir kembali lagi. Sebelum apa-apa berlaku, pastikan dokumen penting seperti MyKad, sijil lahir dan lain-lain disimpan dengan selamat dalam plastik kedap udara. Dalam episod kali ini, kami berikan 4 langkah penting yang setiap mangsa banjir perlu tahu. #RakyatDiHatiJPN #JPNDiManaMana #MalaysiaMADANI

♬ original sound – Jabatan Pendaftaran Negara – Jabatan Pendaftaran Negara

Menerusi hantaran di TikTok, JPN berkongsi empat langkah mudah bagi persediaan musim banjir antaranya adalah, bagi mengelakkan dokumen penting rosak, orang ramai disarankan untuk menyimpan ia di dalam plastik kedap udara.

Simpan semua dokumen penting seperti sijil lahir, kad pengenalan, geran atau sijil akademik di dalam plastik kedap udara.

Ini untuk mengelakkan kerosakan apabila banjir melanda.

Seterusnya, dalam situasi menghadapi banjir, orang ramai dinasihatkan untuk menyediakan kelengkapan asas sebagai persediaan awal jika diarahkan untuk berpindah dari kawasan yang ditenggelami air.

Sediakan kit kecemasan iaitu sediakan ubat-ubatan, pakaian persalinan, lampu suluh atau barang keperluan asas. Pastikan ia mudah dicapai sekiranya anda diminta berpindah dengan segara.

Selain itu, orang ramai juga perlu peka dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi memastikan proses pemindahan berjalan dengan lancar dan selamat.

Sentiasa patuhi arahan pihak berkuasa. Jika anda diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementara, lakukan tanpa berlengah demi keselamatan diri anda dan keluarga.

Langkah terakhir adalah sentiasa memeriksa maklumat berkenaan banjir menerusi platform sahih yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Dapatkan maklumat terkini melalui radio, televisyen atau saluran rasmi agensi kerajaan. Maklumat tepat membantu kita untuk membuat keputusan yang betul kerana ketika musim banjir kita perlu sentiasa bersedia.

Kami ingin ingatkan kepada anda supaya buat persediaan awal, perkara ini mungkin nampak kecil tetapi boleh bantu untuk menyelesaikan pelbagai masalah kelak.

Sumber: TikTok JPN