berita

[VIDEO] Hadiahkan Lagu Untuk Rakan Patah Hati, Nyanyian Padu Lelaki Ini Tarik Perhatian

November 15th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Dalam soal percintaan, secara lazimnya kaum perempuan sering dilihat sebagai individu yang akan terlalu bersedih sekiranya hubungan yang terjalin putus di tengah jalan berbanding lelaki. Namun, mungkin persepsi itu perlu diubah kerana sebenarnya kaum Adam juga turut merasai kesakitan yang sama tanpa kita sedari.

Baru-baru ini viral di media sosial apabila seorang remaja dilihat sedang kecewa dan bersedih dipercayai akibat putus cinta sehingga perlu diceriakan oleh teman-temannya.

Bersedih atas katil

Menerusi video yang dikongsikan pengguna Twitter NikkiZamri itu, seorang remaja lelaki dilihat seolah-olah sedang bersedih di atas katilnya dikhabarkan kerana masalah percintaan.

Namun apa yang mengharukan, rakan-rakan remaja tersebut cuba menggembirakan hatinya dengan menyanyikan lagu Hanya Rindu nyanyian Andmesh Kamaleng.

Usaha mereka nampaknya membuahkan hasil apabila remaja itu memberikan reaksi positif dan sedikit terhibur dengan ‘persembahan’ yang dibuat oleh rakannya.

Tak tahu nak gelak ke sedih

Tidak terhenti di situ sahaja, pengguna Twitter yang dikenali sebagai Nikki itu turut memberi sambungan video yang menyaksikan penyanyi itu mendendangkan pelbagai lagu seperti My Heart Will Go On nyanyian Celine Dion, Bukan Cinta Biasa nyanyian asal Siti Nurhaliza dan sebuah lagu nasyid popular dari kumpulan Raihan berjuduh Sesungguhnya kepada remaja berkenaan.

Netizen puji

Perkongsian itu telah menjadi tular dan mendapat perhatian dari kalangan rata-rata netizen di laman media sosial Twitter.

Bahkan tanpa dijangka, apa yang mencuri tumpuan netizen adalah kekemasan yang ada pada diri remaja lelaki itu sehingga mampu menghias biliknya dengan cantik.

Namun tidak kurang, mereka juga turut memuji penyanyi dalam video tersebut kerana kelunakan suaranya.

Sumber: Twitter NikkiZamri

 

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×