Kebolehan yang dimiliki oleh anak-anak kepada penyanyi Ina Naim dalam menguasai Al-Quran telah menyorot perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Sudah Tegur Jaga Batas, Doa Hadie Dijauhi Maksiat – ‘Takkan Saya Nak Kurung Dia Dalam Bilik?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hadie Dakwa Pernah Jadi Mangsa Buli, Dedah Arwah Bapa Tidur Tak Nyenyak – ‘Saya Dicampak Dalam Kolam Ikan Keli’

Ajar kanak-kanak

@inasuhaimi78

Sedang kita mengejar dunia, jgn kita lupa akhirat selama2nya.. Mengaji merangkak la baca naak… Esok di sana menjadi temanmu.. InsyaAllah #inanaim #hadie #yosh #hadiefc #ngaji

♬ original sound – INA SUHAIMI – INA SUHAIMI

Menerusi perkongsian di TikTok, Ina memuat naik video yang memaparkan dua orang cahaya matanya iaitu Ehmad Hadie Elfardie dan Phyrosh Elfadwah sedang mengajar beberapa orang kanak-kanak mengaji.

Dalam masa yang sama, Ina atau nama lengkapnya Nor Diana Mohd Naim, turut mengingatkan tentang kepentingan mengumpul pahala sebagai bekalan di akhirat kelak.

Sedang kita mengejar dunia, jangan lupa akhirat selama-lamanya.

Mengaji dan membaca nak, esok di sana menjadi teman mu, insyaAllah.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keupayaan Hadie dan Phyrosh membimbing kanak-kanak mengenali al-Quran dan percaya ilmu itu diwarisi daripada bapa mereka, Allahyarham Suhaimi Saad.

Dalam masa yang sama, mereka turut menyifatkan dua remaja itu sebagai contoh yang baik kerana memberi inspirasi kepada rakan sebaya untuk mendekatkan diri dengan al-Quran.

Sekadar info, Ina mendirikan rumah tangga bersama Suhaimi pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Sumber: TikTok