berita

[VIDEO] ‘Hampir Putus Asa’ – Fasha Sandha Dedah Jantina Anak, Pengalaman Hamil Di Usia 35 Tahun

February 18th, 2020 | by Arini Saleh
Lensa Insta

Selepas gugur pada Jun tahun lalu, pelakon popular Fasha Sandha disahkan hamil kali kedua. Namun, kali ini Fasha lebih banyak mendiamkan diri mengenai kandungan kerana trauma dengan pengalaman yang lepas.

Terbaru, Fasha mendedahkan mereka bakal menerima kehadiran seorang lagi cahaya mata perempuan. Menerusi video yang dimuatnaik, Fasha membuat kejutan khas buat suami dan anak-anak. Bukan main happy lagi, tahniah Fasha!

Hamil di usia 35 bukan mudah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

It’s a GIRL . Syukur Alhamdulillah #baby2020

Sejujurnya, ambil masa banyak hari juga memikirkan samada nak post atau tak video ni, akhirnya saya memilih untuk berkongsi pengalaman kehamilan saya kali ini, dengan harapan agar dapat membantu pasangan lain yang putus asa untuk mendapatkan zuriat.
Saya dan suami diuji sebelum ni kerana pernah 2 kali kerana keguguran diawal kehamilan. Syukur Alhamdulillah tak lama lepas tu, Allah gantikan dengan kandungan yang sihat.

Saya bertuah kerana mendapat nasihat daripada sahabat saya DS Vie Shanti untuk berjumpa dengan Dato Doktor Rafi. Saya juga pernah hampir berputus asa juga, tapi semangat yang diberikan oleh Vie dan suami, memberikan saya kekuatan untuk berjumpa doktor. Kehamilan di usia 35 bukanlah sesuatu yang mudah. Paling teruk alahan nya, lemah, melepet, kena cucuk setiap minggu, makan Duphaston (ubat kuat rahim) 3 kali sehari, sampai ada hari kena marah dengan suami dan doktor sebab mengelat nak makan ubat.

Tawakal dan redha

Ada juga pernah menangis teruk sebab kena marah combo. Suami marah, doktor pun marah. Alhamdulillah semua tu tak lama, lepas habis je trimester pertama dah tak perlu cucuk dan makan ubat lagi . Fuh lega. Alhamdulillah kini di Trimester ke 2 (15 minggu), kandungan membesar dengan sihat. Syukur Alhamdulillah. Syukur tak terhingga. Sehingga hari ni, di atas pengalaman keguguran yang lalu, saya hanya tawakal dan redha, semoga kandungan ini sihat sehingga melahirkan nanti Insyaallah.

Video ni kenangan hanya kami berempat, diatas bantuan deco saat akhir oleh kak @ainacopartynsuch dan video daripada @reymokhtar. Hari tu lepas dapat result Nipt mengesahkan baby sihat dan mengesahkan jantina baby, saya terus buat suprise pada mereka bertiga ni. Allahuakbar melompat kegembiraan suami, Rayfal dan Jemyma kerana bakal menerima seorang lagi ‘girl’ dalam keluarga kami. Anak ibu, cahaya ibu, semoga membesar dengan sihat sayang. My 2020 baby, Syukur,. Terima kasih suami tercinta, @vieshantiekhan, Team Hosp Umra. Terima Kasih ALLAH. Ini adalah #instaikhlas khas daripada sy untuk membantu ibu-ibu lain, cari masa untuk berjumpa dengan Dato Dr Rafi atau Datin Dr Ummul. Insyaallah berkat doa dan usaha, akan berhasil. Amin YRA. Kredit Lagu : Hari ini by Dayang & Hael#iburayfalraysha

Sumber : Fasha Sandha

SKIP THIS AD ×