berita

[VIDEO] Handal Bersilat, Vanidah Imran Tumbangkan Lebih 4 Lelaki

April 10th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, ramai penggiat seni telah mula mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi menimbulkan kesedaran tentang betapa pentingnya melakukan senaman secara berkala dalam kalangan masyarakat. Ada diantaranya yang memilih untuk berzumba, melakukan Yoga, dan tak kurang juga yang memilih seni mempertahankan diri untuk kekal sihat.

Terbaru pelakon berbakat besar, Vanidah Imran telah berkongsi satu video persembahan silat cekak hanafi yang dipersembahkannya kepada khalayak ramai. Hal ini telah membuatkan ramai pihak kagum melihat kehebatan buah silat yang dikeluarkan oleh Vanidah.

‘Beri peluang kepada diri untuk mencapai cita-cita’

View this post on Instagram

Segala cita-cita dan Impian pasti menjadi kenyataan dengan izinNya. Syukur Alhamdullilah. . Berilah peluang kepada diri kita untuk menjadikan impian dan cita-cita menjadi kenyataan. 'Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.' . Semasa Vee mula belajar silat Cekak Pusaka Hanafi pada thn 2016, Vee sudah menyimpan impian agar suatu hari nanti Vee dpt menyertai team persembahan yg terdiri dari antara mereka yang hebat dan terbaik. Mereka telah mewakili Malaysia Sempena Cheongju World MartialArt Masterships 2016…┬ádan telah mengharumkan nama negara sekaligus mengharumkan nama Silat Cekak Pusaka Hanafi di persada antarabangsa dengan memenangi pingat perak pada kejuaraan dunia itu. Tahun ini, 2018, impian Vee menjadi kenyataan. Syukur Alhamdullilah. #wajadiri2018 #cekakpusakahanafi #takkenalmakatakcinta #satusuarasatuhati #rasaitudarituhan #cekakpusakasentiasadihatiku #sayabudakbarubelajar . Abah Vee adalah seorang pengamal Yoga dan pelari marathon semasa zaman mudanya (80-an). Vee didedahkan kepada yoga sejak kecil. Syukur Alhamdullilah, impian utk mengikut jejak langkahnya sebagai pelari marathon juga menjadi kenyataan. #scklm2018 #daddysgirl #dreamsdocometrue #syukur #tawakallah #sudahtertulisdiluhmahfuz

A post shared by Vanidah Imran (@vanidah_imran) on

Vanidah dalam posting terbarunya itu mengucapkan syukur kerana berpeluang mencapai cita-cita dan menyeru agar orang ramai dapat memberikan peluang kepada diri masing-masing dalam menggapai cita-cita.

‘Wow, terpegun tengok..’

Peminat wanita berbakat besar ini rata-ratanya kagum dengan persembahan silat cekak yang dikongsikannya dan tidak kurang juga yang menjadikan wanita ini sebagai satu sumber inspirasi.

‘Semoga Kak Vee jadi srikandi silat yang dihormati..’

Peminat juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah dan menzahirkan kata-kata pujian buat Vanidah Imran. Fuh, power jugak penangan Vanidah ni kan?

Credit: Vanidah Imran

The following two tabs change content below.

Most Read Today