Pelakon Haneesya Hanee meluahkan rasa berang apabila sebuah syarikat jenama pakaian memberi layanan buruk terhadapnya ketika dia memohon tajaan pakaian bagi persediaan drama terbaharu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Perlu Menghina Sampai Macam Ini’ – Haneesya Hanee Respon Netizen Kutuk Warna Kulit Gelap Gara-Gara Watak ‘Sally’
Artikel Berkaitan: Haneesya Hanee Gigil Berlakon Babak Di Kelab Malam – ‘Habis Babak Itu, Saya Terus Pergi Ke Tandas’
Layanan buruk
Mengakui tidak kisah jika permohonan ditolak, Haneesya, 24, bagaimanapun terkilan dengan layanan kurang sopan yang diberikan syarikat terbabit.
Baru-baru ini ibu saya ada hubungi satu jenama baju sebab nak minta sponsor untuk saya gunakan dalam sebuah drama.
Saya tak pernah alamai kejadian seseorang bekerja sebagai customer service bersikap begitu kurang ajar. Dia punya kurang ajar itu macam nak minta penampar.
Kalau tak nak bagi sponsor saya tidak kisah, tapi jangan kurang ajar. Boleh sahaja cakap dengan sopan. Saya pun faham, tidak semua jenama berkemampuan memberi tajaan.
Haneesya berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik di TikTok miliknya.
Beli baju sendiri
Tambah Haneesya, dia tidak akan mededahkan nama syarikat berkenaan kerana tidak mahu membuat mereka terkenal.
Saya tidak akan mendedahkan pihak tersebut, kerana buat apa saya jadikan syarikat itu terkenal.
Dalam hantaran sama, pemenang anugerah Artis Baru Wanita Popular ABPBH32 itu turut memaparkan mesej perbulan bersama pihak syarikat tersebut yang meminta aktres itu membeli pakaian sendiri.
Beli jela baju, tak perlu cari sponsor. Pakai baju tutup aurat dapat pahala. Boleh pakai sampai bila-bila.
Kami tak perlukan makerting daripada dia. Dia pun kami tak kenal dan crowd dia tidak memberi keuntungan kepada audience kami.
Video
@haneesyahanee_ If you are interested dm @TydaValeska ? original sound – Haneesya Hanee
Sumber: TikTok