![[VIDEO] Hannah Delisha Perjelas Isu Status ‘Miss’, Nafi Dakwaan Rumah Tangga Bergolak – ‘Imam Tempah Sebagai Kejutan’](https://asset.ohbulan.com/2026/01/hannah-delisha.jpg)
Pelakon jelita Hannah Delisha menafikan dakwaan mengenai pergolakan rumah tangganya bersama suami, Imam Shah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hannah Delisha Dipuji, Jaga Aurat Dengan Pakai Stokin – ‘Malas Nak Komen Tapi Dia Memang Perfect’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hannah Delisha Minta Izin Imam Shah Sebelum Lakon Babak Bersentuhan – ‘Tapi Kalau Boleh Elak, Memang Saya Akan Elak’
Selesa tak kongsi hal peribadi
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Hannah Adlina Blackburne Birch, 29, berkata, dirinya lebih selesa berkongsi hal kerja berbanding kehidupan peribadi di media sosial.
Tambah pelakon drama bersiri 28 Hari Mencari Cinta itu, segala tanggapan netizen terhadap rumah tangganya dianggap perkara biasa sekali gus tidak merasakan satu keperluan untuk dirinya bersuara.
Saya rasa pengikut saya tahu, saya memang tidak suka kongsi hal peribadi kecuali berkaitan kerja.
Kadang-kadang saya kongsi sikit-sikit sahaja. Kami pun nak sambut tahun baharu, cuma secara ringkas. Banyak makan sebenarnya.
Saya tak rasa perlu jelaskan semua benda. Itu Instagram saya dan apa saya kongsi sangat sederhana.
Kalau orang nak percaya apa mereka mahu percaya, saya tak kisah. Saya faham kenapa mereka komen begitu, cuma tak perlu saya jawab satu-satu.
Hannah berkata demikian ketika ditemui pada acara Bulan Bintang: The Next Chapter Fashion Show 2026, pada Sabtu.
Rumah tangga baik saja

Menjawab tentang dakwaan pergolakan rumah tangga, Hannah akui terkejut dirinya menjadi bualan ekoran hantaran gambar kad aluan hotel yang tidak tertera nama suami.
Jelas Hannah, sambutan tahun baru disambut bersama sekali gus mendedahkan percutian singkat itu merupakan kejutan kecil daripada suami.
Bilik itu sebenarnya Imam tempah, cuma dibuat atas nama saya.
Mungkin pihak hotel tidak tahu, sebab itu mereka tulis Miss Hanna sahaja. Itu sahaja sebenarnya.
Kami sambut tahun baharu sama-sama. Imam tempah sebagai kejutan dan saya memang tak tahu langsung.
Terdahulu, hantaran sambutan tahun baharu Hannah Delisha meraih perhatian warganet apabila kad aluan hotel tidak memaparkan nama suaminya sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai rumah tangga mereka.
Sekadar info, Imam dan Hannah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2021 selepas lima tahun mereka berkenalan.








