Hantaran penyanyi, Amira Othman meraih perhatian apabila dilihat memuat naik video pelakon Fattah Amin yang berdurasi hampir seminit.

Artikel Berkaitan: Amira Othman Bakal Jayakan ‘Showcase’, Fattah Amin Management Jadi Penganjur

Artikel Berkaitan: ‘Fattah Antara Kawan Lelaki Yang Rapat’ – Amira Othman

‘Kak Ya salah post ke?’

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Amira, 31, tidak meletakkan sebarang kapsyen namun, lagu yang dipilih dianggap petunjuk besar mengenai hubungan bersama Fattah.

Perkongsian itu meraih lebih 690,000 ribu tontonan di aplikasi TikTok dengan pemilihan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Nadhif Basamalah berjudul ‘Jatuh Cinta Lagi’.

Apa yang lebih meraih perhatian, adik-adik kepada pelantun lagu ‘Bila Nak Kahwin?’ itu turut terkejut dengan hantarannya yang tiba-tiba atau ‘random’.

Tidak mengapa, kita buat-buat tak faham saja la.

Kak Ya, ini bukan close friends tau.

Netizen nervous duduk dalam ‘close friends’ artis

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap Amira memberi petunjuk mengenai teka-teki di kalangan pengguna media sosial yang menjadi bualan hangat. Selain itu, warganet berseloroh dengan menyakat Amira yang semakin berani mendedahkan momen bersama Fattah.

Sumber: TikTok @Amiraothman