berita

[VIDEO] Hanya Kerana Mahu Kebumikan Sendiri, Lelaki Sanggup Bawa Jenazah Ibu Naik Motosikal

October 31st, 2020 | by Amat
Kini Trending

Di Jakarta, Indonesia, viral sebuah video menyaksikan seorang pemuda membawa sebujur jenazah ibunya dengan menaiki motosikal. Memetik laporan Tribun News, pemuda yang berasal dari Desa Kedunglengkong itu dipercayai mengalami gangguan mental dan bertindak membawa jenazah ibunya untuk dikebumikan sendiri.

Mahu dikebumikan sendiri

Menurut laporan, Wakil Ketua Polis Boyolali iaitu Ahmad Masdar Tohari mengesahkan perkara itu sejurus menerima laporan daripada orang ramai.

Dia meninggal di rumah anak perempuannya dan jenazah dibawa menggunakan motosikal secara melintang di bahagian belakang. Jenazah berkenaan mahu dikebumikan sendiri oleh anaknya itu. Curiga dengan keadaan itu, orang kampung membantu pengurusan jenazah sehingga selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Sucen Timur.

Bawa jenazah ibu naik moto

https://www.facebook.com/108820534220581/videos/271822730871811/

Video yang dirakam netizen ini telah mencetuskan curiga orang ramai. Mereka terkejut apabila melihat ada objek melintang seperti jenazah di bahagian belakang motosikal yang dinaiki lelaki tersebut. Video berdurasi 48 saat yang dimuat naik pada Khamis sekaligus menimbulkan persoalan orang ramai.

Sumber: Tribun News, Info 24 Jam

SKIP THIS AD ×