![[VIDEO] Haqiem Stopa Mohon Tiada Campur Tangan Orang Ketiga – ‘Saya Duduk Sendiri, Tak Berjumpa Orang’](https://asset.ohbulan.com/2025/12/HAQIEM-STOPA-1.jpg)
Pempengaruh dan ikon permotoran, Haqiem Stopa mohon tiada campur tangan pihak ketiga ekoran masalah rumah tangganya bersama Aireena Sofia.
Artikel Berkaitan: Isteri Haqiem Stopa Nekad Cerai Demi Masa Depan Anak & Diri Sendiri – ‘Pujuk Tidak Menjaminkan Apa-Apa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Haqiem Stopa ‘Spill’ Video Remaja 18 Tahun, Dakwa Tak Tahan Dipersalahkan Kakak Ipar – ‘Sibuk Tanya Aku Mana Bukti’
Penjelasan Haqiem Stopa
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Haqiem dilihat memberi penjelasan ekoran dakwaan mengenai dirinya yang tidak mempertahankan rumah tangga.
Orang salahkan saya, cakap saya tak pertahankan.
Dah, saya dah buat lama dah. Bukan baru hari ini.
Dengan keluarga saya sendiri pun. Boleh tanya Jane, macam mana saya berhubung dengan dia.
Bila jadi macam ini, saya yang kena kedepan dan tadah muka.
Bila tak nangis, cakap saya tiada perasaan. Bila nangis, cakap saya tersakiti.
Sementara itu, Haqiem mengakui kesalahannya sehingga tercetus masalah dalam rumah tangga yang dibina setahun lebih bersama.
Saya nak minta tiada lagi sesiapa pun yang masuk campur hal kami.
Saya duduk sendiri, tak berjumpa orang.
Saya akui dan faham di mana kesilapan saya.
Terdahulu, pemilik nama Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, tidak bersetuju untuk dengan tuntutan cerai yang difailkan oleh Aireena pada 4 November lalu.
Sebelum ini, Aireena mendakwa suaminya itu berlaku curang beberapa kali sepanjang perkahwinan mereka.
Bagaimanapun, Haqiem enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut.
Sekadar info, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Hud yang kini berusia tiga bulan.
Sumber: TikTok @privateacc0unt12








