berita

[VIDEO] Hari First Dah Buat Hal – Team OHBULAN! Dapat Budak Intern Dari Neraka!

July 18th, 2019 | by Danial
Kini Trending

Budak- budak praktikal zaman sekarang ni macam-macam perangai kan! Dahlah malas, semua nak kena  disuruh. Tapi admin tak cakap semualah. Siapa makan cili dia yang terasa pedas. Admin ada dengar macam-macam versi cerita budak praktikal kat tempat lain. Dari yang terlalu rajin sampailah ke yang paling hampeh.

Korang pun mesti pernah praktikal zaman muda-mudi dulu kan? Ataupun pernah berhadapan dengan budak-budak intern yang pelik-pelik macam ni? Jom tengok dulu video ni, ada tak yang korang boleh relate dengan perangai budak-budak ni?

Sitkom KO Episod 1: Edisi Crush & Budak Praktikal

Eh ada jugak budak praktikal dan staf yang macam ni? Sampai macam tu sekali ngelat kerja. Dahlah ngelat kerja, ada hati pulak nak ngorat staf senior. Macam-macam!

Kanchong Opis!- Siri Sitkom Pertama Terbitan OHBULAN!

Pengumuman penting!

Benda boleh kanchong buat apa nak rilek?!

Bermula 17 Julai, kehidupan kanchong kami staf OHBULAN! akan disitkomkan untuk tontonan umum di seluruh Malaysia! Pelbagai topik diangkat supaya netizen dapat berbincang dan dalam masa yang sama berhibur melalui sitkom ringan terbitan OHBULAN! ini.

Jangan lupa untuk subscribe dan tekan tombol loceng di laman Youtube OHBULANOFFICIAL untuk mengikuti siri sitkom ini.