berita

[VIDEO] Harimau Malaya Mengaum Kuat Jinakkan Gajah Putih. Malaysia Ke Final Piala AFF Suzuki 2018

December 6th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Sepanjang permainan 95 minit separuh akhir kedua menyaksikan perlawanan bola sepak pasukan Malaysia menentang Thailand penuh dengan debaran apabila kedua pasukan mempamerkan aksi memukau. Akhirnya, Harimau Malaya dapat merobohkan kubu lawan Gajah Putih dengan jaringan 2-2 di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok.

Admin kongsikan beberapa sedutan video menarik sepanjang perlawanan ini berlangsung. Tahniah buat pasukan Malaysia kerana layak ke Final Piala AFF Suzuki edisi 2018.

Jaringan pertama Thailand

Pasukan Thailand berjaya menjaringkan gol pada minit yang ke-20 menyaksikan Thitipan Puangchan menanduk masuk jaring gol Malaysia.

Sepakan padu Syahmi Safari

Aksi padu yang dipamerkan pemain Syahmi Safari pada minit 29 berjaya menyamakan kedudukan 1-1 setelah pemain itu meledak jaringan gol yang cantik!

Kembali mendahului

Bagaimanapun, pasukan Thailand kembali mendahului perlawanan setelah tamat separuh masa pertama. Jaringan gol yang dilakukan Pansa Hemviboon pada minit ke-63 membuatkan pasukan ini kembali selesa dalam perlawanan.

Harimau Malaya kembali mengaum

Harimau Malaya kembali menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-70 dengan jaringan gol oleh Norshahrul Idlan Talaha. Jaringan gol ini membuatkan pasukan Thailand tidak senang duduk. Ini kerana pasukan Malaysia mempunyai kelebihan selaku pasukan pelawat.

Dengan menggunakan peraturan gol di tempat lawan, skuad negara mempunyai sedikit kelebihan selaku pasukan pelawat dan hanya memerlukan keputusan seri sekurang-kurangnya 1-1 untuk mengesahkan tiket ke final.

Penalti penentuan ke final

https://www.facebook.com/FOXSportsMY/videos/393038751265365/

Perlawanan terikat 2-2 dan mengheret pasukan Thailand membuat sepakan penalti apabila pemain Syahmi Safari menampan bola menggunakan tangan menghadiahkan sepakan penalti buat Thailand. Malangnya, sepakan dari pemain nombor 9, Adisak gagal menyempurnakan penalti sekali gus melayakkan pasukan Harimau Malaya menempah tiket ke perlawanan akhir bertemu sama ada pasukan Filipina atau Vietnam.

Momen bermakna buat rakyat Malaysia

Suasana cukup gamat dengan sorakan penyokong yang tidak henti bersorak bagi menaikkan lagi semangat pemain pasukan masing-masing. Seperti dijangka hampir keseluruhan ruang stadium dikuasai penyokong tuan rumah manakala lebih 1,500 penyokong Harimau Malaya turut memeriahkan perlawanan penting ini.

Tahniah diucapkan pasukan Harimau Malaya kerana berjaya ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki edisi 2018. Pasukan Malaysia akan beraksi bagi menentukan kejuaraan pada 11 dan 15 Disember ini.

Tahniah dan terima kasih buat pasukan Thailand kerana memberi saingan hebat.

Sumber: Fox Malaysia

SKIP THIS AD ×