Pendakwah selebriti PU Riz berkongsi hadis sahih mengenai ciri doa yang diredai Allah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haris Dipuji ‘Low Profile’, Pandai Jaga Hati Isteri – ‘Neelofa Saja Nampak Saya Handsome’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Warga Asing Enggan Terima Bantuan Wang Dari PU Riz Walau Dalam Kesulitan – ‘Janganlah, Awak Sendiri Pun Sedang Susah’

Doa sambil menangis

@suhanchannelofficial “Dalam salah 1 ciri orang yang diredhai diri dia adalah apabila dia doa dan menangis keluar air mata dia…” SETIAP HARI AHAD | 9 MALAM | YOUTUBE SUHAN CHANNEL DAN USANITA @Rosyam Nor @usanita.hq #podcasthitamputihkehidupan #podcast #countdown #suhanchannel ? original sound – Suhan Channel Official

Menerusi sesi temu bual di Podcast Suhan Channel, PU Riz atau nama nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 29, berkongsi soalan yang sering diterimanya.

Difahamkan, soalan tersebut mengenai individu yang berdoa sambil menangis, namun, tidak memahami maksud doa tersebut.

 Saya selalu dapat soalan yang macam ni.

Kalau saya doa, saya menangis, tak faham maksud, adakah boleh?

Menurutnya, jika individu mampu menangis ketika berdoa maka itu adalah petanda yang baik.

Sebenarnya, kalau satu orang boleh nangis atas doa dia, itu adalah tanda tuhan menerima doa.

Hadis sahih

Berkongsi lebih lanjut, suami kepada aktres Neelofa itu turut menekankan hadis sahih yang menyatakan kenyataan itu.

Ada dalam satu hadis bagi tahu, satu orang yang Allah beri naungan.

Ianya dipanggil, naungan di saat tiada naungan melainkan naungan Allah.

Salah satu ciri orang yang diredai diri dia adalah apabila dia doa dan menangis.

Itu disebut spesifik. Sahih hadis ini.

Sumber: TikTok @SuhanChannelOfficial