Peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Haroqs menitipkan pesanan buat anak muda agar tidak hanyut dek keseronokan fasa mengenal dunia.

Artikel Berkaitan: Khairul Aming Nasihat Anak Muda Utamakan Pendidikan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terima Banyak Coklat, Haroqs Agih Kepada Anak Yatim – ‘Sepatutnya Kita Bawa Untuk Anak Gaza Tapi Tiada Rezeki’

Pesanan untuk anak muda

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Haroqs atau nama sebenarnya Muhammad Hareez Adzrami berkata, anak muda perlu mula mencari hala tuju kehidupan di fasa awal 20an.

Tambah Haroqs, dia berpendapat fasa umur 25 ke 30 tahun adalah lebih sesuai untuk fokus pada akhirat.

Satu pesanan yang saya nak sampaikan adalah di fasa inilah korang perlu struggle, kena ambil berat.

Terutama yang umur 20 ke 25 tahun, ini bukan fasa korang bertenang main game atau belajar santai-santai.

Dah habis umur 25 baru nak cari kerja.

Bagi saya, umur ini adalah fasa di mana korang dah berjumpa dengan ramai orang. Bina hubungan dengan orang luar. Dan paling penting, korang tahu hala tuju hidup.

Fasa ini bagi saya bukan masanya untuk ada simpanan tapi untuk korang keluarkan duit mencari ilmu dan pengalaman.

Masuk fasa 25 ke 30, fokus pada akhirat.

Anak muda perlukan Haroqs

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pesanan yang dititipkan pempengaruh berusia 25 tahun itu yang menjadi inspirasi buat anak muda. Selain itu, warganet turut memuji pemikiran Haroqs yang dianggap matang mengenai hala tuju kehidupan.

Sumber: TikTok @langkastudio