![[VIDEO] Harris Alif Didakwa Ucap ‘I Love You’ Dekat Perempuan Lain – ‘Walaupun Sekadar Permainan …’](https://asset.ohbulan.com/2026/03/New-Latest-Default-Image-2026-03-19T130253.458.png)
Nama pelakon dan penyanyi, Harris Alif tiba-tiba kecoh di laman sosial apabila dia didakwa berkelakuan kurang sopan ketika menghasilkan kandungan permainan atas talian.
Artikel Berkaitan: Intan Ladyana Harap Isu Harris Alif Dengan Pelakon Lelaki Selesai – ‘Alhamdulillah, Suami Saya Membela Isterinya’
‘I love you’
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu mendakwa aktor berkenaan mengucapkan perkataan berunsur romantik kepada wanita lain meskipun berstatus suami kepada aktres Intan Ladyana.
Lelaki yang merupakan suami kepada Intan Ladyana itu, memang langsung tiada common sense apabila menghasilkan kandungan permainan GTA dengan dialog ‘I love you’ bersama perempuan lain.
Individu terbabit turut menegaskan bahawa walaupun kandungan tersebut hanyalah sekadar permainan, namun tindakan berkenaan dianggap tidak wajar dan melampaui batas.
Walaupun sekadar permainan, perbuatan itu jelas menunjukkan seolah-olah berlaku kecurangan. Sesiapa yang menganggap perkara ini sebagai normal, tolonglah fikir semula dengan waras.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati terdapat beberapa individu lain yang mendakwa situasi sama pernah berlaku sebelum ini, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Video
View on Threads
Sumber: Threads