![[VIDEO] Harris Alif Kongsi Detik Permulaan Kenal Intan Ladyana](https://asset.ohbulan.com/2025/06/harris-dan-intan-dua.jpg)
Pelakon, Harris Alif berkongsi detik permulaan perkenalannya bersama isterinya, Intan Ladyana terjadi ketika COVID-19 melanda dunia pada tahun 2020.
Artikel Berkaitan: Harris Alif Terima Mesej Lucah & Gambar Tak Senonoh Daripada Rakan Seindustri – ‘Godaan Selepas Kahwin’
Artikel Berkaitan: Harris Alif Tetap Sayang Intan Ladyana Walaupun Tak Boleh ‘Maintain’ Berat Badan – ‘Saya Cinta Dia’
Detik perkenalan

Menerusi klip yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Nor Harris Alif Nor Rashidi, 26, menceritakan pada awalnya dia tidak berniat untuk memikat isterinya.
Namun, lama-kelamaan dia mula tertarik untuk mengenali Intan dengan lebih rapat.
Detik permulaan perkenalan, saya DM Intan di Instagram. Tapi ketika itu, saya tidaklah mahu memikat dia.
Pada waktu itu, Intan tengah shooting di Australia, jadi saya cuma mesej dia macam ‘have fun’ macam itu.
Bermula daripada mesej itu, sikit-sikit saya ngorat Intan.
Selepas itu, kami mula rapat dan tiga bulan kemudian lepas sudah betul-betul kenal, saya muat naik gambar bersama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Harris yang dilihat matang daripada usia.
Berdasarkan pemerhatian daripada video, segelintir mereka menyatakan pasangan itu sangat menghormati antara satu sama lain walaupun jurang yang besar dalam usia mereka.
Komen netizen


Sumber: TikTok








