![[VIDEO] ‘Hawra Dalam Fasa Bercakap, Dia Sekarang Sudah Boleh Panggil Saya Ayah’ – Kamal Adli](https://asset.ohbulan.com/2026/07/kamal-hawra2.jpg)
Pelakon Kamal Adli, berkongsi tentang perkembangan anak perempuannya, Hawra Uqaira, yang kini semakin membesar dan bijak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ketua Threads’ Kamal Adli Diumum Sebagai Hos Baharu, Teraju Melodi Bersama Ain Edruce
Artikel Berkaitan: ‘Happy Birthday Uqasha Senrose, Semoga Diberi Kebahagiaan Oleh Allah & Menjadi Ibu Terbaik’- Kamal Adli
Perkembangan Hawra

Ketika ditemui OhBulan!, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, mengimbas kembali momen bersama puteri kesayangannya itu ketika mereka meluangkan waktu bersama.
Menurut Kamal, dia sangat teruja setiap kali mendengar Hawra memanggilnya dengan panggilan ayah.
Saya baru jumpa dia (Hawra) dua hari lepas, saya bawa dia pergi Aquaria. Saya pernah bawa dia ke Aquaria sebelum ini ketika dia masih bayi tapi dia tak tahu apa ketika itu. Jadi sekarang dia sudah berusia dua tahun dan sudah kenal ‘fish’.
Seronok sebab dia sudah dalam fasa sudah boleh bercakap. Hawra sekarang sudah boleh panggil saya ayah. Saya jauh sikit dia panggil ‘ayah, ayah!’
Tahu tak perasaannya macam mana bila dengar anak panggil kita ayah? Sekarang ini saya tiada peluang lagi untuk bermalam dengan Hawra sebab dia masih kecil.
Saya faham perkara itu, jadi bila dapat jumpa, dia kenal kita dan panggil saya ayah, benda itu sudah buat saya tersentuh.
Tambah Kamal, perasaan tersebut sukar diungkapkan namun, momen seperti itu adalah antara kenangan manis dan kebahagiaan untuknya.
Bila kita berjalan pun dia hulur tangan dan dia ajak saya berjalan bersama, itu momen yang mahal bagi saya. Saya rasa saya mahu hidup untuk dia. Saya mahu besarkan dia.
Itu yang saya rasa sekarang, siapa yang ada ‘baby’, dan bila anak itu ‘attach’ dengan kita, bila hantar dia balik dia menangis, akan faham perasaan saya.
Susah nak gambarkan tapi itu yang saya rasa.
Kamal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Terhangat Melodi yang berlangsung di Balai Berita, Bangsar pada Khamis.
Sementara itu, pelakon filem Abang Long Fadil ini turut mengulas mengenai pujian warganet yang menyifatkannya sebagai contoh bapa terbaik.
Saya rasa ramai lagi orang yang boleh dicontohi. Mungkin sebab saya banyak bersuara di Threads, jadi perkara ini menjadi tumpuan.
Saya sebenarnya ada masalah selalu tukar telefon dan gambar selalu hilang, jadi saya terpaksa muat naik di media sosial untuk simpan.
Bukan niat saya nak menunjuk atau apa. Sekurang-kurangnya orang tak perlu berteka teki, orang tahu saya dapat jumpa anak saya.
Orang tahu saya dan Uqasha bersama-sama menjaga anak jadi untuk orang ambil saya sebagai contoh yang baik, Alhamdulillah, dari ambil saya sebagai contoh yang tak baik. Tapi lebih ramai bapa yang hebat dari saya.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021, bagaimanapun mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.






![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)

