berita

[VIDEO] ‘Hebat Nana Pilih’ – Siti Nordiana Pakar Teka Penyanyi Dalam I Can See Your Voice

March 9th, 2020 | by Azizi Rahman
Video Popular

Rancangan realiti yang menjadi kegilaan ramai ‘I Can See Your Voice Malaysia’ musim yang ketiga telah masuk ke minggu yang ke-4 dan menampilkan Siti Nordiana sebagai artis jemputan yang diundang. Selain Siti Nordiana, Azad Jasmin dan Nabila Huda turut dijemput menjadi ahli panel jemputan.

Sebagai artis yang digelar ‘Queen of Duet’, Siti Nordiana berjaya memilih pasangan duetnya yang seakan-akan rakannya sendiri Khai Bahar. Namun, sebelum berjaya memilih penyanyi sebenar, pelbagai drama yang berlaku telah terjadi sepanjang dalam pemilihan penyamar sebenar.

Iras Khai Bahar

Seperti biasa, dalam rancangan ini artis jemputan akan diberikan dua info yang mengelirukan mengenai para peserta. Artis jemputan perlu menyingkirkan peserta yang mereka rasakan penyamar. Peserta yang terakhir bertahan bakal berduet dengan artis jemputan. Sekiranya peserta yang berduet dengan artis jemputan itu adalah penyamar, maka dia akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM3000, manakala jika peserta itu adalah penyanyi sebenar, peserta bakal dapat merakamkan lagu pertama mereka.

Episod paling best

Rata-rata netizen terhibur dengan telatah mereka pada episod kali ini. Ramai yang menyifatkan bahawa Siti Nordiana pakar dalam mengenal pasti penyanyi sebenar dan penyamar.

Sumber: Tv9 Malaysia Official

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×