berita

[VIDEO] Hebat Sangat Ke Bahasa Melayu Korang? Sohor Kini, Meridap? Apa Tuu?!

December 24th, 2018 | by farha
Sponsored Post

MOE Dekad Bahasa Kebangsaan

Apa lah nak jadi sekarang ni. Zaman makin canggih, tapi bahasa budak-budak millenial ni pun canggih jugak sampai susah nak faham. Mana yang guna bahasa ‘C’, bahasa ‘W’ paling popular bahasa budak wicet. Pening admin nak baca bahasa yang diorang guna ni.

Karangan bahasa melayu budak sekolah

Kalau cikgu Bahasa Melayu tengok ni confirm menangis sebab anak didik yang diajar kat sekolah tak gunakan Bahasa Melayu yang betul. Ni semua pengaruh penggunaan bahasa sosial media sampai terbawak-bawak dalam bahasa penulisan.

Seiring dengan peredaran zaman, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) telah menambah beberapa perkataan baru untuk mengembangkan Bahasa Melayu supaya setaraf dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

Nak tau apa perkataan baru tu? Jom tengok video ni

Harap-harap generasi muda yang suka rosakkan bahasa ni, boleh mula untuk gunakan perkataan-perkataan baru ni. Pada korang yang tertanya-tanya, apa lagi perkataan baru yang pihak DBP hasilkan, boleh la ke laman sesawang mereka.

Menjelang tahun 2020, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan melancarkan satu kempen untuk menaikkan semula martabat bahasa melayu. Ayuh kita naikkan kembali kegemilanag bahasa Melayu dengan menyokong Dekad Bahasa Kebangsaan.