berita

[VIDEO] Hetty Koes Endang Menangis Tengok Persembahan Peserta ‘Rising Star Indonesia Dangdut’ – Rupanya Ada Sebab

August 12th, 2021 | by Amirul Asraf
Video Popular

Penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang dilihat mengalirkan air mata sebaik sahaja salah seorang peserta Rising Star Indonesia Dangdut iaitu Radika menyanyikan lagu ‘Syurga Di Telapak Kaki Ibu’.

Artikel berkaitan: [FOTO] Ikut Adat Bugis Makasar, Ini Sekitar Majlis Pernikahan Anak Bunda Hetty Koes Endang

Sedih sehingga mengalirkan air mata

Rising Star Indonesia Dangdut merupakan sebuah program realiti pencarian bakat baru. Program ini turut menampilkan barisan juri yang cukup profesional seperti Ayu Ting Ting, Iyeth Bustami, Pasha Ungu, Judika dan Hetty Koes Endang. Dalam pusingan Top 12, persembahan Radika berjaya mencuri tumpuan pihak juri. Bukan itu sahaja, Hetty Koes Endang turut kelihatan mengalirkan air mata sepanjang Radika melakukan persembahan.

Assalamualaikum. Kamu menyanyi saya yang menangis. Bunda ingat anak di rumah. Tadi masa nak datang tengok persembahan kamu semua malam ini, Afi peluk saya. Dia sedang tunggu hari nak bersalin. Sebagai peserta terakhir malam ini, kamu buat bulu roma berdiri. Teruskan buat persembahan yang macam ini dan lakukan yang lebih baik.

Menurut Hetty Koes Endang, lagu ‘Syurga Di Telapak Kaki Ibu’ itu sungguh besar maksudnya dan Radika berjaya membuatkan emosinya tersentuh. Sebagai anak dan ibu, Hetty merasakan nyanyian Radika sungguh ikhlas. Tambah Hetty, dia berfikir mengenai keadaan anaknya iaitu Afifah yang bakal menjadi ibu pada hari tersebut. Radika turut meraih markah tertinggi pada waktu tersebut.

Cucu pertama saya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hetty Koes Endang (@hke57)

Menerusi Instagram Hetty Koes Endang, penyanyi ini memberitahu bahawa dia sudah menjadi nenek. Ini kerana, anaknya itu sudah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Jelas Hetty, cucunya diberi nama Arlo Astrodistira Arsanda. Bercerita mengenai keadaan Afifah, Hetty memberitahu anaknya dilaporkan berada dalam keadaan sihat. Di akhir posting, Hetty mendoakan yang terbaik buat anak, menantu dan cucunya itu.

Menjengah di ruangan komen, hampir kesemua artis Indonesi memberi ucapan tahniah buat Hetty. Selain di Indonesia, penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza turut memberi ucapan tahniah selepas mendapat tahu berita gembira tersebut.

Sumber: Rising Star Indonesia Dangdut & Hetty Koes Endang

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×