Setiap pasangan yang berkahwin pasti menantikan kehadiran cahaya mata sebagai ‘penyeri’ rumah tangga. Namun, tidak semua pasangan yang berpeluang untuk mempunyai zuriat dan ada juga suami atau isteri menjadi punca mereka tidak berpeluang mendapat rezeki menimang cahaya mata.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Norshafiakah di TikTok, berkongsi kisah sedih yang tidak pernah dilupakan olehnya apabila enam kali keguguran kerana menghidapi masalah kencing manis serta disyaki terdapat kebocoran pada buah pinggangnya.
Sedih keputusan doktor bagitahu yang aku tak boleh ada anak.
Difahamkan, sebelum mendirikan rumah tangga beratnya pernah mencecah sehingga 130kg, namun selepas dia menjaga pemakanan, kini beratnya hanya 89kg.
Punca dia satu memang Pikah turunkan berat badan tapi Pikah ada diabetes dan kencing manis. Bila ada kencing manis ni doktor surun kekalkan paras gula baru boleh mengandung. Orang kata rancangan Allah, Pikah disahkan kemungkinan buah pinggang bocor dan doktor tak syorkan untuk Pikah mengandung.
Dalam pada itu, doktor tidak menyarankannya untuk hamil kerana pernah gugur sebanyak enam kali dan ketika kehamilannya yang kelima, bayinya hanya dapat bertahan selama 28 minggu kerana tahap kesihatan si ibu yang semakin merosot.
Sebab dulu Pikah 6 kali mengandung dan 6 kali tu jugaklah gugur. So hari itu kandungan 28 minggu pun jadi tak sihat.
@mekpikahYg aku tk blh ada ank…? original sound – Nadya Mahdi
@mekpikah Balas kepada @farhanaibrahim94 ? bunyi asal – Norshafiakah Bintich
@mekpikah Balas kepada @azlinsabri ? suara asli – nurainina8436011
@mekpikah Balas kepada @aisysofea94 ? suara asli – nurainina8436011
Sumber : mekpikah