berita

[VIDEO] Hidup Sebatang Kara, Tertekan Tiada Kerja, Lelaki Nekad Bunuh Diri

June 16th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Sejak semalam, tular beberapa buah video di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang cuba terjun daripada tingkap rumahnya. Bagaimanapun, tindakannya ketika itu berjaya dihalang oleh individu lain yang beberapa kali mencuba menariknya semula daripada terus jatuh ke bawah.

Tidak berakhir di situ, perakam video juga dilihat sempat menjerit dan memintanya untuk membatalkan hasratnya daripada berbuat demikian. Video tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai spekulasi dan tanya tanya dalam kalangan netizen mengapa dia berbuat demikian.

Video kejadian

Lapor Harian Metro lelaki berkenaan tekad untuk terjun dari tingkat 11 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara, berikutan tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan hidup sebatang kara. Ujar Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan pada pukul 11 pagi.

Susulan itu sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati lelaki berkenaan berjaya diselamatkan orang awam. Lelaki terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk tindakan lanjut.

Menerusi siasatan awal, lelaki berkenaan berasal dari Ipoh, Perak, dan dia menetap di rumah rakannya.

Dia cuba membunuh diri kerana mengalami tekanan emosi disebabkan tiada pekerjaan dan hidup sebarang kara. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 309 kerana mencuba melakukan kesalahan membunuh diri.

Sumber: Harian Metro & Jabatan Netizen Malaysia

SKIP THIS AD ×