Krew produksi penggambaran filem China dikejutkan dengan kejadian hampir lemas melibatkan pelakon aksi terkenal, Jackie Chan. Insiden tersebut berlaku ketika Chan sedang menunggang jet-ski bersama seorang lagi pelakon, Miya Muqi.
Langgar longgokan batu
Melalui laporan The Star, Chan yang sedang dalam penggambaran filem aksi terbarunya, Vanguard telah melanggar longgokan batu yang berada di tengah-tengah laut itu sebelum jet-ski yang ditunggang terbalik.
Muqi berjaya naik ke dasar tetapi dalam tempoh 45 saat, Chan tidak muncul. Krew yang berada di situ bergegas ke tempat tersebut dan terus mencari Chan. Beberapa saat selepas itu, Chan dijumpai di sebalik batu dalam keadaan selamat.
Masih senyum dan semangat
Kata Chan, dia tidak mengingati apa yang berlaku tetapi seperti ada kekuatan lain yang membantu dia ketika kejadian. Tambahnya lagi, dia membawa jet-ski keluar dari landasan sebelum arus deras menolak mereka.
Setelah dikeluarkan dari laut, Chan masih mampu tersenyum dan masih bersemangat bercakap mengenai apa yang berlaku. Pengarah Vanguard, Stanley Tong telah menangis semasa insiden itu berlaku, tetapi Chan terus menerus menenangkannya dan krew lain yang berada dalam keadaan terkejut.
Sumber : The Star