Tak dapat digambarkan perasaan sedih yang ditanggung wanita ini apabila bayi dalam kandungannya disahkan meninggal dunia.
Bayi pergi dalam kandungan
Menerusi perkongsian video di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Dyna Yusof tidak sabar menanti kehadiran cahaya matanya. Namun siapa sangka, si kecil, Wan Mohammad Umar Fayyaz telah pergi beberapa hari sebelum waktunya melihat dunia.
Luluhnya hati seorang ibu, menunggu hari untuk berjumpa dengan anak yang dikandung tapi Allah SWT lebih sayang dan menunggu Umar di syurga.
Kelmarin (21 Mei 2023), baby Uamr aktif sangat dalam perut mummy. Kenapa hari ini baby Umar tinggalkan mummy. Hari ini (23 Meri 2023), jumpa doktor pakar, tiba-tiba doktor beritahu jantung baby Umar lemah. Macam tak percaya sebab baby aktif sangat-sangat. Tiba-tiba doktor beritahu jantung baby Umar dah berhenti.
Dyna akui sangat terkejut dengan berita tersebut tetapi dalam masa yang sama dia seperti tidak percaya kerana seperti yang dia tahu sebelum ini, bayi dalam kandungannya itu sangat aktif. Meskipun bersedih dengan pemergian bayi tercinta, namun Dyna reda dengan ketentuan-Nya.
Mummy tak boleh uruskan anak syurga sebab masih dalam wad. Mummy hilang anak dekat dunia sementara, tapi anak mummy menunggu mummy dekat akhirat yang kekal abadi.
Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya turut bersedih dengan pemergian si kecil itu. Mereka sempat memberi kata-kata semangat dan menitipkan doa agar Puan Dyna dan suami diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan ini.
Video
Sumber: Dyna Yusof