Pendakwah bebas, PU Syed tampil menegur pelakon dan penyampai radio Sharifah Aleya susulan tindakannya menindik hidung.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharifah Aleya Tak Kisah Dikecam, Akui Dah Lama Teringin Tindik Hidung – ‘Suami Saya Suka, Korang Tak Suka Tak Apa’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Syed Tegur Ameera Khan & Jefri Nichol Terlampau Mesra – ‘Tak Gerunkah Kalian Kepada Allah?’

Hukum tindik hidung

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram (IG), PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menjelaskan tentang hukum menindik hidung.

Hukum ini boleh kita cari di Google, bukanlah sekadar suami, atau ayah setuju dan tak marah. Itu bukan isunya.

Perbuatan menindik hidung itu adalah haram, sebab termasuk dalam hukum tasyabuh iaitu menyerupai orang agama lain.

Bahkan ada fatwa daripada jabatan mufti yang menghukumkan perbuatan menindik hidung adalah haram.

Larangan Islam

Dalam masa yang sama, PU Syed turut menasihati supaya pelakon tersebut mengutamakan larangan Islam meskipun perbuatannya mendapat keredaan suami dan ibu bapanya.

Majoriti orang Islam hanya menindik telinga, jadi cukuplah sekadar itu. Tak perlulah kita nak menindik hidung dan berhasrat pula nak tindik kening atau lidah.

Hasrat itu bukan masalah netizen kecam tapi pandangan Islam itu sendiri haram, maka jangan buat walaupun suami kita dan mak ayah reda.

Maka kita letakkan larangan Islam itu sebagai keutamaan dalam sesuatu perkara yang kita mahu lakukan.

Terdahulu, dalam sebuah program bual bicara Aleya berkata, subang hidung yang dipakai hanyalah sekadar aksesori biasa yang sudah lama diidamkannya.

Aleya turut berkongsi bahawa dia pernah menyimpan keinginan untuk bertindik di bahagian kening, bibir dan lidah. Namun, dia melupakan keinginan tersebut selepas menyedari kesan serta pantang larang yang perlu ditanggung, termasuk memerlukan penjagaan rapi.

Sumber: IG PU Syed