berita

[VIDEO] ‘I Love You 3000’ – Aksi ‘Cool’ Dr. Maszlee Guna Bahasa Isyarat Ketika Tun M Berucap

May 10th, 2019 | by Hazurin
Lensa Insta

Semalam, genap setahun tampuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) selepas memenangi PRU-14 pada 9 Mei tahun lalu. Dikesempatan itu juga bertempat di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyampaikan Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu.

Menerusi Instagram, Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik telah berkongsikan rakaman aksinya menggunakan bahasa isyarat yang berjaya dirakamkan oleh lensa kamera TV RTM ketika Tun M menyampaikan perutusan tersebut.

‘I love you 3000’

Melalui video itu, dengan aksi ‘cool’ Dr. Maszlee telah menggunakan bahasa isyarat yang bermaksud ucapan terima kasih dan ‘I love you 3000’. Beliau juga memohon maaf sekiranya penggunaan bahasa isyarat tersebut ada kesilapan dan menyatakan bahawa dirinya masih lagi belajar dan sentiasa ingin mempraktikkannya.

Jelasnya lagi, penggunaan bahasa isyarat itu adalah satu semangat keterangkuman pendidikan (pendidikan inklusif) yang harus diperjuangkan bersama.

Steady Dr layan Endgame juga

Sumber: Dr. Maslee Malik