Pemergian kanak-kanak berusia enam tahun, Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek sentiasa terpahat dalam ingatan ramai, lebih-lebih lagi mengenangkan hubungan arwah bersama keluarga angkat.

Artikel Berkaitan: JKM Melaka Mohon Hak Jagaan Sementara Terhadap 2 Lagi Adik Zubaidi Amir

Artikel Berkaitan: Sebabkan Kematian, Ibu Bapa Amir Berdepan Hukuman Sampai Mati

Keadaan ibu angkat arwah Amir

View on Threads

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, salah seorang ahli keluarga berkongsi keadaan ibu angkat arwah Amir iaitu Norlida Abu Hassan yang kini diuji dengan penyakit strok.

Menurutnya, Norlida diserang strok beberapa kali selepas pemergian arwah Amir lima tahun lepas.

Sepanjang lima tahun lepas arwah Amir pergi, ummi kena strok empat kali.

Termasuk dalam video ini paling teruk sebab doktor terpaksa tidurkan ummi tanpa keizinan kami sebab kecemasan.

Mohon doa dari kalian semua agar ummi sihat.

Perkongsian itu meraih sebak dalam kalangan netizen apabila melihat ibu angkat arwah menangis sambil memanggil nama kerana tidak dapat menahan kerinduan terhadap anak angkat yang telah pergi.

Rindu yang tiada penghujung

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan keadaan ibu angkat arwah adik Amir yang dilihat masih terkilan dengan pemergiaan yang menyayat hati. Selain itu, warganet turut menitipkan doa buat kesejahteraan dan kesihatan Norlida Abu Hassan.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki itu ditemui meninggal dunia dalam dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter oleh suspek lelaki yang juga bapa tirinya di Taman Krubong Jaya. Pasangan suami isteri itu kemudiannya ditahan reman sejak 30 Januari lalu sehingga Khamis ini.

Pada masa yang sama, kes ini turut mendapat perhatian rakyat Malaysia yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa.

Terkini, abang angkat arwah memaklumkan kes telah diselesaikan namun masih tiada kekuatan untuk memberitahu secara umum ekoran keadaan Norlida yang masih meratapi pemergian mangsa.

Sumber: Threads @wiss.bangah