Pelakon Andy Teh berkongsi kerisauan ibu bapanya apabila namanya mula meningkat naik dalam pasaran melayu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andy Teh Dedah Mula Belajar Taekwando Sebab Nak Lawan Pembuli – ‘Saya Nak Balas Dendam’

Artikel Berkaitan: Ramai Wanita ‘Cair’ Dengar Andy Teh Baca Surah An-Nas, Siap ‘Offer’ Nak Perbetulkan – ‘Tapi Kena Kahwin Dulu’

Ibu bapa risau Andy masuk Islam

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Andy atau Andy Teh Kim Huat, memaklumkan keluarganya pengamal tegar agama Buddha.

Ujar Andy, ibunya akui risau jika dia bertemu jodoh dengan wanita beragama Islam.

Sebagai keluarga cina, ibu bapa kuat daripada segi agama Buddha.

Mereka sokong kalau jodoh saya itu wanita beragama Islam cuma dia risau kalau ibu bapa sudah tiada, macam mana saya nak sembah.

Buat baik kepada ibu bapa selagi masih ada

Berkongsi lebih lanjut, Andy berpendapat kehidupan di dunia lebih penting untuk memberi sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa.

Saya pun tak boleh nak janji apa-apa. Tapi mestilah kita tahu daripada hati, memang kita hormat.

Kita akan jaga apa yang patut dilaksanakan.

Yang paling penting kasih sayang bila ibu bapa masih di dunia. Kadang-kadang bila orang dah tiada baru nak buat itu ini.

Kalau nak tunjuk kasih sayang, buat sekarang.

Sumber: TikTok @AffendyJailani