![[VIDEO] Ibu Fattah Amin Tersasul Panggil Amira Othman ‘Kak Long’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/fattah-amin-dua-1.jpg)
Tular satu video memaparkan ibu kepada Fattah Amin, iaitu Azizah Abdul Ghani tersasul memanggil ‘Kak Long’ yang merujuk kepada penyanyi, Amira Othman.
Artikel Berkaitan: ‘Fattah Tak Hantar Bunga Lagi, Terus Hantar Ibu Jumpa Amira’ – Netizen
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Hadiahkan Amira Othman Sejambak Bunga Tulip
Tersasul sebut nama
Menerusi potongan klip di TikTok, ia memaparkan pemilik nama Azizah Abdul Ghani bersama anak-anak perempuannya menjual koleksi tudung mereka menerusi siaran langsung di aplikasi itu.
Ketika menjual, Azizah secara spontan menyebut gelaran ‘Kak Long’ namun pantas menutup mulut selepas menyedari keterlanjurannya.
Bagi sold out, penat adik-adik Kak Long (Amira) dan Abang Long (Fattah).
Salah seorang anak perempuan Azizah turut menyedari kesilapan yang dilakukan oleh ibunya tetapi hanya membiarkan berlalu dengan gelak tawa.
Menjengah ke ruangan komen, netizen terhibur melihat tindakan Azizah dan berseloroh dia memberi bayangan terhadap status hubungan anaknya dan aktres itu.
Komen netizen


Sumber: TikTok







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
