Mengidam semasa mengandung adalah perkara biasa untuk wanita hamil tetapi setiap orang mempunyai ragam yang berbeza-beza. Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita yang sedang sarat hamil mengidam mahu menjadi pengantin.
Mengidam jadi pengantin
Memetik laporan Suara.com, wanita yang berasal dari Indonesia itu mengidam mahu bersanding sekali lagi ketika sedang hamil anak keduanya. Berdasarkan video pendek yang dikongsikan kelihatan wanita ini bersama suaminya lengkap memakai busana pengantin sambil diarak oleh penduduk kampung. Persis seperti pengantin baru!
Mengidam anak kedua, nak jadi pengantin. Seronok sangat dibawa mengelilingi kampung.
Selain itu, turut menjadi perhatian ramai ketika perarakan tersebut adalah kehadiran seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan anak sulung pasangan ini.
Video yang dikongsikan telah ditonton hampir 2.2 juta kali selain mendapat pelbagai respon daripada netizen. Rata-rata daripada mereka memuji si suami yang dikatakan sangat memahami, penyabar dan sanggup melayan kehendak si isteri.
Video viral
Komen netizen
Sumber: Suara.com, TikTok