Di Facebook, viral sebuah video sedih mengenai sebuah keluarga yang terpaksa merelakan kepergian anak angkat mereka.
Menurut Tuhfah Nazihah Tarmidi, mereka sekeluarga sedih dengan perpisahan yang berlaku kerana adik angkatnya iaitu Zubaidi Amir Qusyairi, telah menetap bersama mereka sejak enam tahun yang lalu.
Selamat tinggal Amir
Menerusi video berdurasi 3:24 saat itu, seluruh ahli keluarga Tuhfah kelihatan menangis teresak-esak sebelum berpisah dengan Amir. Amir turut kelihatan kaku dan sedih semasa dipeluk oleh keluarga angkatnya buat kali terakhir.
Bercerita lanjut mengenai bagaimana mereka mula menjaga Amir, Tuhfah memberitahu bahawa keluarganya pernah menawarkan diri untuk menjaga Amir selama dua minggu terlebih dahulu kerana ibu kandungnya sedang menyambung pelajaran dan perlu menghadapi peperiksaan. Namun , kanak-kanak itu terus menetap bersama mereka sehingga ke hari ini sebelum terpaksa berpisah.
Malam terakhir bersama
Menurut ibu angkat Amir, Norlida Abu Hassan, mereka sekeluarga sangat berat untuk melepaskan Amir namun, keluarga kandungnya lebih berhak ke atasnya. Dia bersyukur kerana sempat mencurahkan kasih sayang kepada Amir walaupun hanya menumpang kasih selama enam tahun. Norlida turut redha dengan perpisahan tersebut.
Aku menangis
Sumber: Tuhfah Nazihah Tarmidi