![[VIDEO] Ibu Minta Cerai Depan Mata, Remaja Tertekan, Akui Cuba Bunuh Diri 2 Kali](https://media.ohbulan.com/2019/12/001010101.jpg)
Kes penceraian memang sering dilaporkan berlaku dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Langkah ini diambil sebagai jalan terakhir apabila tiada lagi persefahaman di antara pasangan ketika mereka melalui fasa perkahwinan bersama. Namun malangnya, tanpa disedari, insan yang paling terkesan apabila penceraian ini berlaku adalah anak-anak dalam keluarga itu sendiri.
Perkara itu turut diluahkan seorang remaja dalam Program Kembara Iman dan Solat (PROKIDS) yang dikendalikan oleh penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Apa yang menyedihkan, remaja ini juga mengakui dia cuba membunuh diri beberapa kali akibat tertekan dengan penceraian yang berlaku di antara ibu bapanya suatu ketika dahulu.
Dua kali cuba bunuh diri
Menerusi sepotong video ringkas yang dikongsikan Ustaz Ebit Lew di laman Instagramnya itu, remaja lelaki tersebut meluahkan dirinya sangat tertekan apabila kedua ibu bapanya mengambil keputusan untuk bercerai. Malah apa yang lebih memilukan, dia berkata, dirinya sendiri turut menyaksikan kejadian di mana ibunya mahu meminta cerai di mahkamah syariah selepas berlaku pergaduhan di antara pasangan itu suatu ketika dahulu.
Ekoran daripada konflik yang berlaku dalam keluarganya itu, dalam nada sebak remaja ini mendedahkan, dia telah cuba untuk membunuh diri sebanyak dua kali kerana terlalu tertekan dengan perkara itu.
Netizen sedih
Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew