berita

[VIDEO] Ibu Sedih Pengasuh Selamba Potong Rambut ‘Bangs’ Anak – ‘Ni Kira Okay, Anak Saya Terus Botak’

July 19th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Umpama menjadi trend dalam kalangan ibu bapa kini membiarkan anak lelaki yang masih kecil berambut panjang. Selain dianggap bergaya dan tampak lebih comel dengan berambut panjang, pastinya ibu bapa mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian.

Pengasuh potong rambut anak

Begitulah yang dilakukan seorang wanita yang dikenali dengan nama Madam Ain apabila memilih untuk membiarkan rambut anak lelakinya, Aydan tumbuh panjang. Meskipun berambut panjang dan lurus namun wanita ini menguruskan agar kelihatan kemas. Lebih menambahkan kecomelan apabila Madam Ain memilih untuk membuat potongan ‘bangs’ di bahagian hadapan rambut si kecil ini.

Tetapi apa yang mengejutkan Madam Ain apabila dia melihat gaya rambut anak lelakinya itu berubah selepas menjemputnya dari rumah pengasuh. Rambut bahagian hadapan ‘bangs’ Aydan telah dipotong menjadi pendek sehingga menampakkan dahinya. Madam Ain akui sedih rambut tersebut dipercayai dipotong tanpa persetujuannya. Meskipun pada awalnya dia seakan sukar menerima perubahan tersebut namun dia kini reda dengan apa yang berlaku.

Jangan gaduh-gaduh lagi pasal rambut Aydan. Mama dah move on.

Video yang dikongsikan Madam Ain di TikTok telah mendapat 1.6 juta tontonan dan menjengah ke ruangan, ramai dalam kalangan ibu berpendapat pengasuh tersebut berbuat demikian kerana sayang dan ambil berat akan anak asuhannya itu. Namun ada segelintir meluahkan rasa terkilan dengan tindakan pengasuh berkenaan.

Respon netizen

Video

Sumber: Madam Ainn

SKIP THIS AD ×