berita

[VIDEO] Ibu Seram Anak Suap ‘Kawan’ Makan, Kerap Datang Bermain Sampai Boleh Lukis Wajah

February 23rd, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Jika mempunyai anak kecil di rumah pasti riuh dengan gelagat mereka yang lincah dan aktif. Namun begitu, sekiranya anak-anak mula menunjukkan sikap yang ‘aneh’, pasti ibu bapa turut berasa takut. Tetapi menurut kata-kata orang tua, kanak-kanak selalunya boleh melihat makhluk ghaib di sekeliling dengan mata kasar kerana hijab mereka terbuka.

Suap ‘kawan’ makan nasi

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Nisdorli di TikTok, berkongsi kisah yang membuatkan warganet meremang apabila anak lelakinya itu seolah-olah sedang menyuap ‘rakan’ di sebelahnya.

Abang bagi makan siapa? Abang nak bagi makan siapa ni? Mana ada orang kat sini.

3 kali dia asyik suap kat sebelah tu. Sempat rakam yang ni. Siap tadahkan nasi lagi.

Apabila ditanya mengenai ‘rakannya’, si anak mengatakan bahawa ia merupakan kanak-kanak perempuan yang sebaya umur dengannya. Tambah anaknya lagi, dia memberitahu bahawa makhluk tersebut berada di taman kawasan perumahannya dan mengikutnya pulang ke rumah.

Dalam pada itu, si ibu turut bertanya kepada anak perempuannya sekiranya dia boleh melihat ‘rakan’ tersebut. Anaknya memberitahu bahawa dia melihat kanak-kanak perempuan berambut pendek.

Baju kawan abang warna putih. Muka dia buruk. Adik tak nak kawan dia. Abang kata muka kawan dia cantik.

Lebih menyeramkan lagi apabila anak lelakinya itu melukis wajah ‘kawannya’ dengan mewarnakan mata berwarna merah dan seperti mempunyai jahitan pada bahagian mulut.

Walau bagaimanapun, di ruangan komen, terdapat warganet yang mendakwa mereka melihat seorang kanak-kanak perempuan mendampingi anaknya itu.

Ada kawan kat sebelah

@nisdorli pagi2 die seramkn ummi ?#fyp #paranormalvideos #fypage ? original sound – nisdorly90

@nisdorli Reply to @cikna_chiyo #fypage #fyp? #paranormalvideos #fypdonggggg ? original sound – nisdorly90

Budak-budak tak reti menipu

@nisdorli Reply to @syamyam6 #paranormalvideos #fypdonggggg #fyp? #fypage ? original sound – nisdorly90

@nisdorli Reply to @ajib_yazid151694 #fypage #fyp? #paranormalvideos ? original sound – nisdorly90

Sumber : nisdorli90

SKIP THIS AD ×