Ibu kepada usahawan, Siti Jamumall iaitu Norizan Jaaffar kesal dengan sikap menantunya, Aiman Tak Kesah apabila ‘ringan mulut’ melafazkan cerai.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Dah Bujang Nanti, Saya Nak Kahwin Lagi’ – Siti Jamumall

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Dah Penat Hidup Dengan Orang Yang Manipulatif, Narsistik’ – Siti Jamumall

Tujuh talak dalam setahun

@norizanjaaffar

Buat keluarga kami mcm tk ada maruah..siapa yg tk marah..

♬ original sound – FRESH FROM LADANG – FRESH FROM LADANG

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Norizan mendedahkan jumlah talak yang dilafazkan Aiman terhadap Siti itu dalam tempoh setahun perkahwinan. 

Menurut Norizan, Aiman kesal atas keputusannya yang terburu-buru namun mengulanginya lagi seolah keluarga Siti diperlakukan tanpa maruah.

Kalau nak dihitung, 7 talak Aiman bagi dekat Siti dalam setahun.

Sebagai mak, saya amat kesian pada Siti. Sarat sangat dah, tunggu masa saja.

Buat keluarga kami macam tiada maruah. Siapa yang tak marah.

Saya dengar, Aiman menyesal atas apa yang terjadi. Sebab dia tahu, untuk mendapatkan Siti balik sangat tipis.

Dalam usia kandungan Siti 3 bulan, dia lafaz cerai talak 1.

Dalam usia kandungan Siti 5 bulan, selepas rujuk seminggu, diceraikan lagi.

Konon cakap sayang, atau ada udang di sebalik batu?

Dalam pada itu, Norizan hanya menyerahkan segala keputusan pada pihak mahkamah bagi menentukan status perkahwinan Siti dan Aiman.

Terdahulu, perkahwinan Siti Jamumall dan Aiman atau nama lengkapnya Khairul Aiman Abdul Kudus menjadi perhatian selepas usahawan itu diceraikan di hadapan umum menerusi siaran langsung di TikTok.

Difahamkan, ini merupakan kali kedua pasangan itu bercerai selepas pernah rujuk semula.

Siti sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019 dan bercerai selepas tiga tahun. Mereka dikurniakan dua anak lelaki, Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4.

Siti kemudian bernikah dengan Aiman dalam majlis tertutup di Satun, Thailand pada Jun 2023.

Sumber: TikTok @Norizanjaaffar