Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, itulah ungkapan yang sesuai untuk diungkapkan kepada pelakon Siti Saleha yang dilihat bersama ibunya, Tracey Johnson.

Artikel Berkaitan: Tiga Tahun Menyulam Cinta, Siti Saleha Kini Isteri Joshua Fitton

Artikel Berkaitan: Siti Saleha Berjaya Rangkul Anugerah ‘Bintang Asia Terbaik- Malaysia’ Di Korea

Cantik ibu Siti Saleha

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Salehah atau mesra disapa Sally dilihat mesra memeluk dan mengucup pipi ibunya.

Pada video berdurasi selama 14 saat itu, kebanyakan warganet menganggap kecantikan pelakon berusia 35 tahun itu banyak mewarisi ibunya Tracey atau Aishah Rahman.

Perkongsian itu meraih lebih 400 ribu tontonan di aplikasi TikTok.

Patutlah cantik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan anak beranak itu yang memiliki darah kacukan Inggeris. Selain itu, warganet turut memahami kecantikan yang diwarisi oleh Saleha.

Sumber: TikTok @Sallywho