![[VIDEO] Ibu Tak Lokek Hadiahkan Emas & Tudung Berjenama Mewah Sempena Hari Guru](https://media.ohbulan.com/2025/05/hari-guru-232.jpg)

Tindakan usahawan Afza Liza Hazizan yang menghadiahkan barangan mewah untuk guru anak-anaknya telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hadiah Hari Guru Bukan Kaleng-Kaleng, Ibu Bapa Beri Gelang Emas – ‘Saya Hargai Sebab Sentiasa Update Perkembangan Anak’
Artikel Berkaitan: ‘Adik Aku Bagi Hadiah Sempena Hari Guru, Sekali Cikgu Tu Recycle Semula Bagi Pelajar Lain’
Hargai guru
@afzalizahazizan Bila anak-anak bagitau , ibu “hari guru nak bagi apa ? So, i prepare for them 🤍 Selamat hari guru untuk semua yang bergelar guru ✍️
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Afza sedang menyusun beg hadiah yang berisi barang kemas Habib Jewels serta tudung daripada jenama Bawal Exclusive.
Bila anak-anak beritahu hari guru nak bagi hadiah apa, jadi saya sediakan ini untuk mereka.
Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar guru.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, warganet memberikan pelbagai reaksi selepas melihat hadiah mewah yang diberikan antaranya, mereka menyifatkan Afza sebagai seorang individu yang tidak kedekut untuk berkongsi rezeki.
Bagus awak, wakilkan ibu bapa yang tidak mampu. Saya suka tengok, tak lokek bagi hadiah untuk guru mereka.
Ini sangat memberi inspirasi, berkongsi rezeki dengan guru-guru hasil penat lelah berniaga selama ini.
Kalau saya kaya, saya akan buat benda yang sama.
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang kurang senang dengan perkongsian tersebut dan mendakwa ia boleh mengguris perasaan ibu bapa yang kurang berkemampuan.
Mungkin niatnya baik, tapi tanpa sedar cara penyampaian awak ini boleh buatkan ramai ibu bapa yang tak mampu terasa.
Tak semua beruntung macam ini, kesian ibu bapa yang tak dapat tunaikan permintaan anak untuk bagi pada cikgu.
Saya harap cikgu-cikgu tak pilih kasih dengan anak-anak yang berstatus biasa sahaja.
Sumber: TikTok Afza Liza Azizan








