Chef terkenal, Chef Wan mengakui bahawa ibunya, Allahyarham Noraini Abdullah, pernah menerima pelbagai cemuhan daripada orang sekeliling hanya kerana dia gemar melakukan kerja-kerja rumah sejak kecil.

Artikel Berkaitan: Chef Wan Terpaksa Cuit Iddin Ramli Ketika ‘Live’, Hampir Masuk Waktu Azan – ‘Saya Diberi Arahan Untuk Tegur’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Chef Wan Beli Katil & Tilam Jenama Mewah Untuk ‘Si Bulus’, Netizen Seloroh ‘Uncle Wan, Can I Be Your Cat?’

Terima cemuhan

@studiosembang

guys, kita nak sembang dengan @chefwan pulak ni. korang rasa akan ada segment masak² ke tak?? #jomsembang #studiosembang

♬ original sound – Studio Sembang – Studio Sembang

Menerusi sebuah podcast Studio Sembang, pemilik nama Redzuawan Ismail menyatakan bahawa sikap rajinnya serta minat terhadap kerja-kerja tersebut sering dipandang pelik oleh segelintir pihak.

Namun pada masa yang sama, ada juga yang menyukai keperibadian dirinya sehingga menganggapnya sebagai calon menantu pilihan.

Ibu saya terima macam-macam cemuhan.

Kadang-kadang rasa sedih juga sebab orang pandang sebegitu hanya kerana saya suka duduk dapur, memasak, menolong ibu, mengemas rumah dan menjaga adik.

Bagi saya, apa yang salahnya saya buat kerja sebegitu?

Tapi, ada orang tengok benda-benda macam ini, dan mereka suka.

Sebab mereka juga percaya ini adalah perkara yang betul, sampaikan ada mak cik nak jadikan saya menantu.

Belajar masak dengan penduduk kampung

Dalam pada itu, Chef Wan mempelajari ilmu masakan melalui konsep sistem barter apabila menukar hasil tanaman miliknya sebagai balasan untuk mempelajari masakan daripada penduduk kampung.

Selepas itu, saya mula barter trade, itulah cara saya belajar memasak.

Bila saya bagi timun dan kangkung yang saya tanam, mak cik itu akan panggil saya, ‘Mak cik nak buat pecal, kau nak belajar tak?’

Mereka itulah master class pertama saya dalam dunia masakan.

Dari situlah saya belajar semuanya.

Hampir 10 tahun saya ikut rapat mak cik-mak cik yang jual kuih, semata-mata nak belajar ilmu memasak daripada mereka.

Dalam masa yang sama, dia turut menyedari sejak usia muda bahawa sikap rajin mampu membuka pintu rezeki.

Kemudian, pada usia yang muda itu, saya mula sedar bahawa apabila kita rajin berusaha, rezeki pasti akan datang.

Sumber: TikTok