![[VIDEO] Iddin Ramli Jawab Dakwaan Bercerai – ‘Hidup Berumah Tangga, Pasangan Mana Yang Tidak Diuji’](https://media.ohbulan.com/2025/03/iddin.jpg)

Pencipta kandungan yang juga pendakwah selebriti iaitu Iddin Ramli menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya telah bercerai dengan isterinya, Bella seperti yang didakwa netizen, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Buat Content Jangan Sampai Tak Ada Adab’ – Iddin Ramli Tegur Lelaki Pegang Janggut UAI
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nafkah Bukannya Duit Raya, Beg Tangan & Kereta Mewah Tapi Keperluan Asas’ – Iddin Ramli
‘Mana isteri?’

Menerusi perkongsian di TikTok, Iddin mengakui terkejut apabila netizen mendakwa dia telah bercerai dengan isterinya, seolah-olah mereka memerhatikan kehidupanya.
Kita ini hidup berumah tangga, pasangan mana yang tidak diuji? Semua rumah tangga diuji dan kami pun sudah mempunyai dua orang anak.
Sebenarnya ini (menyembunyikan kemesraan) adalah keputusan kami sendiri. Kami memilih untuk memprivasikan hubungan kami, harta dan apa yang kami ada.
Tetapi, hubungan kami okay sahaja.
Iddin menjelaskan perkara itu selepas individu mendakwa dia bercerai kerana isterinya tidak muncul di platform media sosial miliknya.
Elak penyakit ain

Mengulas lanjut, Iddin berkata dia hanya berkongsi perkara-perkara yang penting sahaja di media sosial kerana mahu mengelakkan terkena penyakit ain.
Kami memilih untuk melakukan perkara itu kerana di luar sana ada banyak mata-mata, ada yang memerhati, ada yang memuji, ada yang membenci dan sebagainya.
Keputusan ini juga adalah untuk mengelakkan penyakit ain, penyakit yang sangat bahaya bahkan Nabi Muhammad S.A.W pun sebut tentang penyakit ini.
Orang yang paling banyak mendedahkan kebahagiaan, tentang hidupnya mempunyai peluang yang besar untuk terkena penyakit ain.
Sumber: TikTok








![[VIDEO] Dr Hasseenah Dedah Rawatan Kecantikan Wajah Tular Didakwa Haram & Bernajis](https://asset.ohbulan.com/2026/07/doktor.jpg)