Pendakwah selebriti, Iddin Ramli menjelaskan hukum wanita memakai tudung labuh tetapi menggunakan kain yang jarang dan nipis hingga menjadi trend pada masa kini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iddin Ramli Dedah Dirinya Punca Mak Ayah Bercerai, Mental Tak Kuat – ‘Aku Perlu Dewasa Sebelum Usia’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iddin Ramli ‘Ditangkap’ Berduaan Dengan Isteri, Tunjuk Bukti Gambar Kahwin Dekat Pihak Berkuasa

Tidak boleh

Menerusi perkongsian di TikTok, Iddin menjelaskan menurut Islam, pemakaian seperti itu adalah tidak dibenarkan.

Jawapannya tidak boleh kerana tujuan wanita melabuhkan tudung adalah untuk mentaati perintah Allah S.W.T.

Pemakaian tudung labuh adalah untuk menutupi bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya ditayangkan kepada orang yang bukan mahram.

Dalam penjelasan itu Iddin berkata sekiranya memakai tudung labuh tetapi kainnya agak nipis hingga menampakkan corak baju di bahagian dada maka ia tidak memenuhi kehendak menutup aurat dengan sempurna.

Walaupun labuh tapi masih nampak belah dalam, tujuan dan maksud memakai tudung labuh itu tidak tercapai.

Nasihat saya, antara punca tudung nipis dan jarang sampai boleh nampak belah dalam itu disebabkan tudung itu bidang kecil.

Carilah bidang yang lebih besar dan pakailah tudung kerana Allah.

Menurutnya, tujuan wanita memakai tudung juga adalah untuk menarik cinta dan rahmah Allah S.W.T dan bukannya untuk menarik pandangan manusia.

Sumber: TikTok